Rakaman Lanskap Seperti Jurufoto Profesional

Fotografi lanskap adalah sangat popular dan digemari dikalangan jurufoto. Saya pasti jika anda melihat sekeliling anda, pasti terdapat gambar lanskap terpampang dimana-mana samada dipapan iklan, buku, majalah, poster atau sebagainya. Lanskap dapat memberikan gambaran secara luas mengenai sesuatu tempat atau lokasi khasnya rupa bumi, alam sekitar atau alam sekeliling.

Jika anda membuat keputusan untuk mengkhususkan fokus fotografi anda kepada lanskap, anda perlu memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Malah anda juga perlu menentukan kepada paparan imej, pencahayaan, bebayang, subjek dan peralatan. Ketentuan imej lanskap yang baik dan menarik perlu menjadi objektif utama anda jika inginkan imej tersebut seperti profesional, menjadi bualan ramai dan diterima baik.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengamalkan 4 tip mudah.

Pertama, tentukan lokasi anda terlebih dahulu. Rancang kelengkapan dan perjalanan anda. Pastikan kelengkapan fotografi yang bersesuaian berpandukan keadaan semasa kerana kerja fotografi lanskap pastinya melibatkan kerja pengambaraan luar. Selain kelengkapan fotografi, pastikan juga kelengkapan lain seperti makanan dan minuman (air amat penting kerana anda mungkin akan dihidrasi jika terlalu lama dilokasi), pakaian yang sesuai dan sebagainya.

Kedua, rancang teknik fotografi yang akan dibuat dengan teliti. Komposisi amat penting kerana ia menentukan ketajaman imej, tona warna dan tekstur. Jika anda mengambil keputusan untuk melakarkan lanskap anda dengan warna hitam putih, pastikan anda boleh memaparkan keseimbangan pencahayaan dan bebayang sepertimana imej berwarna. Kebiasaannya bangunan atau air akan memberikan warna kontras kepada sekeliling. Bagi imej berwarna, apa yang anda perlu lakukan, pastikan terdapat kontras diantara warna. Contohnya jika warna langit dan air dibawahnya adalah berwarna biru, pastinya kontras yang diharapkan tidak akan wujud.

Anda juga perlu memikirkan penggunaan penapis kanta atau 'filter' yang bersesuaian jika ia melibatkan pencahayaan semulajadi seperti matahari atau refleksi awan. Kenalpasti subjek anda dengan teliti tanpa perlu terburu-buru kerana ia akan menentukan komposisi subjek yang akan akhirnya akan menyampaikan mesej anda. Ini akan menentukan imej yang tepat dan sempurna. Penggunaan tripod juga amat penting kerana pasti anda akan melakukan pengamatan yang lama dan penetapan posisi imej. Ini akan membantu anda mencari komposisi dan posisi imej lanskap yang sempurna dan menarik.

Ketiga, Setelah anda mengambil kira semua teknik dan kelengkapan yang sesuai dan berpuashati dengannya, tibalah masa anda merakamkan apa yang anda dapat lihat dengan mata anda dengan kamera anda. Untuk membantu tugas anda, lensa yang bersesuaian adalah perlu seperti lensa 'wide-angle'. Jia anda menggunakan kamera digital, rakamkan imej anda berkali-kali dan buat pengubahsuaian dimana perlu untuk mendapatkan imej lanskap yang paling tepat dan sempurna. Jangan berpuas hati dengan hanya beberapa imej. Jurufoto profesional kerap merakamkan sesuatu imej lebih dari 10 kerana setiap satunya pasti memberikan paparan imej yang berbeza jika diteliti.

Keempat, buat latihan rakaman yang sama berkali-kali hingga anda merasa yakin. Ingat! jurufoto profesional juga bermula dari bawah seperti anda kerana kemahiran mengambil gambar perlu diterapkan melalui latihan dan pembelajaran.

0 comments:

There was an error in this gadget
 

Copyright © 2010 ShutterPage.Blogspot.com All Rights Reserved

Design by Dzignine, Distributed by Blogger Blog Templates